Isnin, 15 Mac 2010

NASIB MALANG DUA EKOR KURA-KURA

0 ulasan

Sign up HB!Affiliate to enjoy free gift!


Pada suatu hari, ada 3 ekor kura-kura hendak pergi berkelah bersama-sama. kura-kura pertama membawa makanan, kura-kura kedua membawa minuman, sedangkan kura-kura ketiga tidak membawa apa-apa pun.

Di dalam perjalanan tiba-tiba hujan pun turun dengan lebatnya, sehingga mereka tidak boleh meneruskan perjalanan. Kemudian timbul perbualan di antara mereka.

Kura-kura I: "Ermmm..... salah seekor daripada kita mesti balik untuk amik payung. Siapa yang nak pergi ni?"

Kura-kura II dan I saling pandang memandang, dan sepakat menuding kura-kura III.

Kura-kura III: "Tak nak lah. Aku jalan lambat dan nanti aku nak sampai sini lagilah terlambat. Pasti korang akan bedal makanan ni semua."

Kura-kura I dan II: Taklah. "Kita orang tunggu sampai engkau datang."

Kura-kura III: "Betul??? Kalau aku lambat 1 jam?"

Kura-kura I dan II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kura-kura III: "Kalau 3 jam?"

Kura-kura I dan II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kura-kura III: "Kalau 1 hari?"

Kura-kura I dan II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kura-kura III: "3 hari?"

Kura-kura I dan II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kura-kura III: "5 hari?"

Kura-kura I dan II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kura-kura III: "1 minggu?"

Kura-kura I dan II: "Kita orang akan tetap tunggu."

Kura-kura III: "2 minggu?"

Kura-kura I dan II: "Kita orang akan tetap tunggu. Engkau pergi je lah."

Dengan berat hati, akhirnya kura-kura III pun berangkat. Kura-kura I dan II menunggu dengan setia. Sehari, dua hari dan seminggu telah berlalu. Kura-kura III tidak juga balik. Setelah dua minggu berlalu, Kura-kura I dan II sudah tidak dapat menahan lapar.

Kura-kura I : "Aku dah tak tahan lapar ni. Kita makan je lah."

Kura-kura II: "Aku pun dah nak pengsan ni. Jom kite habiskan makanan ni."

Tiba-tiba kura-kura III muncul dari semak dan berseru "Hoi! Nasib baik aku belum pergi lagi. Kalau tak, pasti engkau orang habiskan makanan ni kan? kan?!!!"


DAPATKAN LEBIH BANYAK CERITA LAWAK JENAKA DI WWW.RAJALAWAKJENAKA.COM SEKARANG!!

Comments

0 comments to "NASIB MALANG DUA EKOR KURA-KURA"

Catat Ulasan

 

Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?

Make Your Own Gifts Here

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com Brought to you by Alan log in